Send me 1 Million Free Visitors!

Thursday, August 18, 2011

Merdeka kah kita?

Someone forwardkan email ni beberapa tahun lalu.  Bacalah petikannya dan fikir-fikirkanlah....


*********************************


"Ayah, merdeka tu apa?"


"Anakku, merdeka itu ialah bebasnya negara kita dari penjajah"


"Penjajah tu apa ayah"


"Penjajah itu ialah orang luar yang memerintah negara kita. Contohnya.. orang jahat masuk rumah kita dan kemudian dia nak ambil rumah kita!"


"Mana boleh dia buat macam tu ayah! Ini rumah kita!"


"Betul tu anakku! Sebab itulah datuk nenak kita lawan penjajah tu. Ini Negara kita! Ini rumah kita! Mana boleh kita beri kepada orang lain!"




Aku berbangga dengan pendirianmu anakku walaupun engkau seorang puteri berumur 8 tahun.


Aku bercerita kepadanya tentang perjuangan pahlawan-pahlawan kita dahulu menentang penjajah.


Aku bercerita kepadanya tentang Mat Kilau, Datuk Bahaman dan Tok Gajah di Pahang.


Aku bercerita kepadanya tentang Tok Janggut di Kelantan.


Aku bercerita kepadanya tentang Datuk Maharajalela di Perak.


Aku bercerita kepadanya tentang Mat Saleh di Sabah.


Aku bercerita.. bercerita… dan bercerita..


Anakku mendengar dengan tekun.


Kita adalah anak merdeka wahai anakku. Merdeka!!..


Merdeka???




Aku sering membawa anakku bersiar di taman.


Aku sering membawa anakku bersiar di komplek membeli belah.


Aku sering membawa anakku bersiar di mana-mana sahaja di bumi merdeka ini




"Ayah, Ustazah ada ajar Nurin pasal aurat.. aurat lelaki dan perempuan"


"Kenapa abang tu tak tutup aurat ayah?"


"Kenapa kakak tu tak pakai tudung ayah?"


Aku hanya mampu bermonolog. Entahlah… mereka tahu pasal dosa dan pahala wahai anakku tetapi mereka tak endahkannya.


Aku bertanya sendirian.. 'merdeka'kah agamaku?


Aku bertanya sendirian.. 'merdeka'kah pemikiran anak bangsa kita?


Rupanya terlalu 'merdeka' perlakuan anak bangsa kita!




"Anakku, ingatlah tentang perjuangan datuk nenak kita dahulu"


"Yang paling penting wahai anakku… kibarkan dan tegakkan panji Islam walau di mana saja engkau berada"


"Wahai anakku yang dikasihi, genggam dengan kemas pegangan agamamu!"


"Wahai anakku yang dicintai, ingatlah senantiasa kalimah


Laailaahaillallah. . Muhammadurrasulullah…"


******************


Ini ingatan untukku yg kadang kala lalai.

No comments:

Post a Comment