Send me 1 Million Free Visitors!

Wednesday, June 18, 2014

Rawatan Alternatif Untuk Sakit Jantung dan Sakit Buah Pinggang

Rawatan alternative untuk sakit jantung dan sakit buah pinggang.


Bulan November 2013, cik abang dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung. Ambulan dipanggil dan cik abang segera di bawa ke HKL.  Sebaik tiba di hospital terus dibawa masuk ke unit kecemasan, para doktor dan dotor pelatih mengerumuni cik abang. Doktor bagi tahu saya yang dia beri ubat cair darah untuk memudahkan pengaliran darah di dalam salur darah.  Doktor siap bagi tahu akan kemungkinan bila mereka bagi ubat ni, boleh berlaku pendarahan dan jika pendarahan itu di bahagian otak, cik abang sama ada boleh dapat stroke atau tak dapat diselamatkan. Saya tawakal saja, dan suruh doktor teruskan.

Tak lama lepas tu, denyutan jantung cik abang makin lemah dan perlahan, tekanan darah merudum, maka doktor buat keputusan untuk guna alat Direct Current Shock, tekan di dadanya. Sorang demi sorang doctor cakap kat cik abang yang masih separa sedar, “Encik, kami nak buat direct current shock ya, keadaan encik parah.” “Encik banyakkan berdoa ya.” “Keadaan encik parah ni, berdoa ya.”  Yang paling tak best bila salah sorang cakap, “ Encik, keadaan encik parah. Encik boleh mati.” Cakap tak berlapik langsung! Bertambah sakit la jantung orang yang sedang sakit. Semua bersedia nak gunakan alat tu sambil doktor beri isyarat hold on sambil baca kadar denyut nadi dan tekanan darah dan sebagainya. Memang cemas dibuatnya terutama bila doktor keep counting sambil bagi isyarat untuk tekan alat tu kat dada. Kemudian, tiba-tiba doktor bagi isyarat batalkan guna alat tersebut sebab degupan jantung muncul semula walaupun perlahan.

Keadaannya agak parah sebab berdasarkan rekod doktor, jantung bahagian depan, kiri dan kanan dah rosak.  Doktor juga menganggarkan yang ada tiga bahagian jantung yang tersumbat.  Cik abang kena tahan wad 10 hari dan diberi cuti 40 hari. Tak dibenarkan bawa barang berat dan tak dibenarkan bawa kereta dan macam-macam pantang.

Bila dah sakit tu, ramai le kengkawan dan sedara mara yang nasihatkan jangan terlalu bergantung kepada ubat doktor sebab ada kesan sampingans.  Sebab masih baru, kami bercadang untuk betul-betul ikut makan ubat doktor, bila dah okay nanti cari la ubat alternative.

Sementara tu kami menunggu masa untuk ke IJN, susulan dari rawatan CRW. Sambil tu, kami cuba jugak cari rawatan alternative sebab tak nak buat pembedahan jantung.

Nak dijadikan cerita, tak sempat lagi nak cari ubat alternative, sekali lagi terpaksa panggil ambulance dan suami dimasukkan ke hospital bulan March 2014.  Sekali lagi terpaksa lalui trauma macam bulan November 2013. Aduhai….. (Nota: Kali pertama kena serangan jantung, kami belum berkahwin)

Ada kawan cadangkan pergi buat rawatan alternative kat seorang pak cik di Pantai Remis kerana suaminya dia pernah sakit jantung dan buat rawatan di situ, now selepas 5-6 tahun, tak ada masalah jantung lagi dan tak jadi buat pembedahan jantung.

Kami pun pergi lah ke tempat tu dengan tersalah simpang dan berpusing merata. Suami dah buat rawatan sekali dan bakal buat rawatan susulan kat situ. Alhamdulillah kesihatan suami kian baik. Semuanya dari Allah, kita cuma berusaha.

Kalau ada sesiapa yang ada masalah jantung dan buah pinggang, boleh lah mencuba rawatan pak cik yang dikenali sebagai Pak Long Haji Mohamad di Kampung Tebuk Yan di Pantai Remis, Perak.  Boleh hubungi Pak Long di talian 012-5093304.  Tentang bayaran, bayar seikhlas hati untuk rawatan yang dibuat. Untuk ubat (cuka kurma, madu, etc) ada la sedikit bayaran.

Pak Long juga boleh beri rawatan khas untuk lelaki kalau nak tambah umphh.  Itu kena sembang sendiri dengan Pak Long.

Itu aje perkongsian info. Moga memberi manfaat kepada yang memerlukan.

Nota kaki 2017: Suami masuk hospital lagi dua kali pada tahun 2015. Suami enggan dibedah. Jadi kami cuba beberapa rawatan alternatif. Alhamdulillah guna air semburan Polilex dan minum air rebusan daun pecah beling seolah beri tenaga dan dia semakin sihat. 
Sekarang ni sudah dua bulan mencuba air yang dikisar bersama timun, lemon, halia dan daun serta batang sup; diminum pagi dan malam. Alhamdulillah kadar kolesterolnya turun ke tahap normal. Kita berusaha, Allah tentukan kesembuhannya. 


1 comment:

wan80 said...

terbaek la ni bro ..thanks di atas posting blog yg sangat menarik dan berinformasi ni ...sy mohon kebenaran berkongsi blog sakit jantung yg di bawah, semoga mendapat restu dan keizinan dari bro

Ubat Sakit Jantung

Post a Comment