Send me 1 Million Free Visitors!

Wednesday, August 10, 2011

Kisah di kawasan perkuburan. Serammmm!!!!

Kisah di kawasan perkuburan
Suatu malam yang sepi, Ali dan Abu baru pulang dari bandar. Untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.


Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup2 malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.

Walaupun kecut perut dan suspen, mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur dan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat. Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan sambil mengomel-ngomel.

Ali dan Abu bersuara"Fuuufff. ..terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi,buat kami terkejut aje".

Dengan perasaan lega sebab bukan hantu yang ditemui, mereka merapati orang tua itu sambil bertanya :"Apa yang pakcik buat malam2 buta kat kubur ni??"

Tiba2 lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh! !Dia orang salah eja nama aku!"

Korang bayangkanlah apa yang terjadi pada Ali dan Abu lepas tu.

Seram wehhh.......

No comments:

Post a Comment