Send me 1 Million Free Visitors!

Monday, July 25, 2011

Angin Ahmar / Stroke : rawatan alternatif (bahagian 2)

15/03/05 Selasa
Saya tetap membawa emak ke hospital untuk rawatan lanjut. Bagi saya tak salah sekiranya kita mencuba kedua-dua kaedah rawatan. Tekanan darah tinggi dan kencing manis emak masih tinggi. Dia nasihatkan lah emak saya.Tentang stroke yang tercatat dalam refer letter itu kata doktor di hospital ini ada improvement (still minor).Doktor tengok emak ni kira boleh dikatakan ok, dia kata mungkin emak saya terlalu penat. Doktor muda tu sedikit pelik. Emak saya tidak seperti mana yang tercatat di refer letter.
          
Terpulanglah kepada masing-masing untuk mempercayainya. Apa yang dapat saya lakukan hanyalah memberitahu sekiranya ada sahabat-handai, saudara mara, kenalan bawalah berjumpa Imam ini. Kita sebagai berikhtiar. Saya bukan promote untuk kepentingan, tetapi saya ingin berkongsi pengalaman emak dan ayah saya yang di serang angin ahmar. Insya-allah dengan berkat pertolongan kepada mereka yang sakit ini sekurang-kurangnya mengurang beban kesakitan yang ditanggung.

Alamat:
Imam Hj Mazlan
MS 15 Ayer Merbau
77200 Jasin, Melaka.
(Note: Imam Hj Mazlan telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun lalu. Innalillah....  Jika sesiapa ada menemui rawatan alternatif di tempat lain, harap kongsikan bersama ya)

Berikut petua yang diberikan oleh Imam Mazlan.
1) Kencing Manis yang dah berkudis
Kulit batang duku,
Kulit batang manggis,
Kulit batang jambu bol (jambu kulit warna maroon.yg mahal tu) Air Rebus kesemua ini dan minum air setiap hari. Insya-allah boleh sembuh.

2) Kencing Manis Yang Belum Berkudis
7 - 8 biji air kelapa
Kulit batang mata kucing
Masak kedua-dua bahan dan minum 3 x sehari. Insya-allah boleh sembuh.
3) Gaut
Ambil betik muda 1 biji. dan diletakkan (salai) atas api dapor. Jangan belah betik tu. Bila betik itu panas, gelekkan di kaki/tempat yang sakit. Kat tumit tu pijak buah betik tu macam mesin refleksi tu



No comments:

Post a Comment