Rawatan alternatif untuk angin ahmar (stroke). Cerita dari kisah benar.
Berikut petua yang diberikan oleh Imam Mazlan.
1) Kencing Manis yang dah berkudis
Kulit batang duku,
Kulit batang manggis,
Kulit batang jambu bol (jambu kulit warna maroon.yg mahal tu)
Air
Rebus kesemua ini dan minum air setiap hari. Insya-allah boleh sembuh.
2) Kencing Manis Yang Belum Berkudis
7 - 8 biji air kelapa
Kulit batang mata kucing
Masak kedua-dua bahan dan minum 3 x sehari. Insya-allah boleh sembuh.
3) Gaut
Ambil betik muda 1 biji. dan diletakkan (salai) atas api dapor.
Jangan belah betik tu. Bila betik itu panas, gelekkan di kaki/tempat yang sakit.
Kat tumit tu pijak buah betik tu macam mesin refleksi tu. Amalkan selalu
**********************************
BERIKUT ADALAH KISAH BENAR BEBERAPA TAHUN LALU TENTANG RAWATAN ANGIN AHMAR YANG DIBERI OLEH IMAM MAZLAN
Assalamualaikum,
Di sini Dora ingin berkongsi cerita kejadian yang berlaku dalam keluarga Dora
11/03/2005 (Jumaat) 8.30 a.m
Saya menerima panggilan dari adik lelaki yang bekerja di Glenmarie Golf Club bahawa emak kena angin ahmar (stroke) dan percakapan emak saya pelat dan setiap butir percakapan tidak berapa jelas. Dia sebenarnya saja call emak nak bagi tau selepas jam 2.30 p.m dia akan balik ke Seremban. Tapi adik saya terkejut bila emak bgtau dalam keadaan pelat tu emak jatuh semalam. Lantas adik saya hubungi saya. Sebenarnya emak saya ini ada penyakit darah tinggi, kencing manis dan jantung. Setiba di ofis saya memaklumkan kepada Pn. Noorlia, begitu juga suami saya terus ke ofis dia. Anak -anak yang telah dihantar ke Taska di Subang 2, tidak saya bawa kerana hendak cepat. Apa yang perlu dilakukan segera pulang ke kg di Seremban.
Saya dan suami pergi ke tempat kerja adik bg urusan GL untuk membawa emak ke hospital. (Tempat adik saya bekerja boleh tanggung rawatan klinik dan hospital untuk ibu - bapa kerana beliau masih bujang.) Setiba di kg saya lihat mulut emak saya herot dan setiap percakapan tidak berapa jelas dan dia ingat-ingat lupa. Sebelah kanan bahagian badan emak saya tidak berfungsi. Jiran yg datang melawat mengatakan pada hari Khamis emak saya jatuh 3 - 4 kali. Dan ketika emak saya datang ke kedai jiran utk membeli nasi lemak, emak saya tidak boleh menggenggam sebarang benda. Wang kertas pun boleh jatuh.
Emak tidak mahu ke klinik/hospital kerana nak berubat cara mengurut. Tak tau nak berurut dengan siapa??. Saya call besan emak di Jelai, N.S Tanya org yang boleh urut stroke, sebab dia dulu pernah kena stroke. Besan emak kata org yg ubat dia dah meninggal tp dia dapat tau ada org gi berubat di Jasin, Melaka. orang tu Imam Masjid.Tapi besan ni takder contact no.
Kami sepakat membawa emak ke klinik panel adik untuk mendapatkan surat utk dibawa ke hospital. (tak tau kenapa pulak kami tak bawa emak terus ke hospital besar, seremban). Setiba di Pusat Rawatan Islam di Senawang, doktor yang bertugas iaitu doktor perempuan mengesahkan emak saya kena stroke. Dan perlu dihantar ke hospital. Doktor tanya bila emak kena. Kami kata semalam tapi kami dpt tau hari ni. Saya kata pd doktor bahawa emak saya ni nak berubat cara berurut.
Kalau saya bawa ke hospital dah tentu emak saya ni masuk air, ambil darah dan terlantar tanpa membuat apa-apa. Ini menambahkan lagi stroke kerana tidak bergerak. Doktor itu pun mengangguk. Saya tanya lagi, "Saya nak tahu pendapat peribadi doktor dan jawab secara jujur dan ikhlas, boleh tak
emak saya dibawa berurut?". Dengan tenang doktor perempuan itu berkata "Ikut profession saya dah tentu saya suruh hantar ke hospital, dan berubat cara berurut tu ada, di Jasin Melaka, namanya Imam Mazlan".
Kami semua berpandangan sesama sendiri. Kami semua dalam keadaan bimbang dan risau itu berharap ada peluang untuk emak sembuh jika guna kaedah urut. Saya minta no. tel dan alamat Imam Mazlan tu, doktor tu kata tanya saja orang kat Jasin tu mesti ramai yang tahu. Doktor tu kata lagi, Imam Mazlan tu urut pesakit yang tidak lebih 3 hari kena stroke. Ini ada peluang besar untuk emak sembuh dengan izin Allah. Doktor tetap keluarkan refer letter untuk follow-up ke hospital Seremban. Terpulang nak pergi bila. Selepas itu emak kata dia nak makan tgh.Jam dah kul 3.30 ptg. Kami singgah di kedai yg emak nak pergi. Dalam keadaan berpapah tu kami ikut juga kehendak dia. Al-maklumlah sekiranya sesuatu terjadi kempunan pulak dia, kami jugak yang menyesal seumur hidup. Tokey gerai makan tu kenal emak. Dia kata ada orang pandai ubat ada kat Jasin, Melaka tapi tak tahu nama. Ini menambahkan keyakinan kami bahawa di Jasin ni ada orang yg boleh mengubat emak dengan izin Allah juga (Bayangkan rezeki emak saya, 3 orang kata pasal Imam di Jasin, Melaka, tambahan pula doktor juga bagi kerjasama siap bagi nama Imam Mazlan lagi). Faed (suami saya) ajak balik ke Sg Buloh dan kami bertolak jam 4.30 ptg untuk ambil pakaian dibawa ke kampung kerana kami balik ke Seremban tadi pun hanya berpakaian ke ofis. Selepas itu baru ambil anak - anak diTaska, Subang 2. Setelah packing baju dan ambil anak, saya tiba di Seremban jam 8.30 mlm. Kami bertolak dari Seremban 9.30 mlm menuju ke Jasin, Melaka. Setelah puas bertanya orang kami tiba di rumah Imam Mazlan jam 12.00 mlm. Tiada rawatan di waktu malam. Itulah yang tertulis di pagar rumah imam. Lantas suami saya tel no. yang tertera di luar rumah. Imam berkenaan yg angkat tel. dan beliau suruh datang esok hari. Dia tanya dah berapa lama kena, suami saya kata kena semalam. Walau pun kami sedikit hampa kerana dah sampai depan pagar rumah, tapi kami bersyukur kerana dah tau rumah Imam Mazlan.
12/03/05 (Sabtu)
Kami bertolak dari Seremban jam 10.30 pagi dan tiba di rumah Imam Mazlan jam 12.30 tgh. Tempat tu tutup kerana apabila kami baca di dinding waktu rawatan, 12.30 - 2.00 p.m (Sabtu-Khamis) adalah waktu rehat. Kami pergi makan dulu. Jam 2.00 ptg kami datang semula kami lihat telah ramai orang yang datang. Imam Mazlan tu merawat pesakit dengan hanya memicit tempat-tempat yang dia tahu disitu ada angin ahmar. Bukan kaedah mengurut. Memang saya sedih bila emak di picit, emak mengaduh kesakitan. Emak menggeliat dan seolah mengelupur menahan kesakitan bila dipicit. Kami hanya memeluk emak untuk menenangkan sahaja. Itu saja yang mampu kami lakukan. Saya menitiskan air mata kerana tak tahan melihat emak kesakitan bila di picit.
Berbagai - bagai bangsa yang datang dari segenap pelusuk. Paling muda pelajar sekolah menengah mulut dan mata dia dah mecong/herot. Menurut ibu kepada budak tu, doktor kata saluran darah di otak anak dia dah pecah. Angin Ahmar menyerang tak kira umur. Ada yang datang dari Singapura, Pahang, sekitar Johor dan Melaka, Gombak dan kami dari Seremban. Tiada bayaran atau pun pengeras dikenakan, kami hanya bersedekah (ikut berapa nak beri) Saya tanya Imam Mazlan, emak ni perlu ke datang lagi. Dia kata tak paksa, seelok-eloknya biar 3 hari berturut-turut. Imam mengingat-kan sekiranya ada sahabat andai, saudara-mara, jiran yang datang melawat dan ingin memberi bantuan dengan menggosok-gosok anggota badan, menggunakan minyak angin, dia minta tolong dijauhkan. Sebarang minyak angin tidak dibenarkan di sapu di badan pesakit.(tak ingat plak yang masih menerima rawatan dia ker). Sekiranya kita mendukung anak kecil yang pakai vicks, minta dijauhkan dari pesakit ahmar ini. Saya bg tau pada Imam Mazlan 3 jari tangan kiri saya selalu kebas dan tumit kanan kaki mencucuk. Dia picit kaki saya dia kata saya takder angin ahmar, ini gaut. dia pun bg petua nak hilang gaut menggunakan betik. Betik ni sumpahan gaut.
Keluar je dari kawasan rumah dia (rumah dia dalam kebun getah) suami saya perasan emak saya tak pelat lagi. Kami terharu emak ada perubahan dengan izin Allah juga.
13/03/05 (Ahad)
Kami bertolak awal, maklumlah hari Ahad, dah tentu ramai orang menerima rawatan. Setiba di sana kami lihat ramai betul orang. Kami ikut giliran.Bukan ambil no. Ikutlah sapa yg dtg dulu. Kali ini dia picit, emak tidak lah sakit dipicit seperti semalam tetapi kira sakit jugak lah...Berpeluh emak menahan kesakitan dan seolah kepenatan. Imam Mazlan kata Insya-Allah emak boleh sihat kerana datang cepat. Imam kata seelok-elok nya nak cepat sembuh, pesakit itu jangan dibiar lebih dari 72 jam ( 3 hari kan) betullah kata doktor tu. Kalau yg lewat tu dia kata boleh jugak dtg. Insya-Allah boleh sembuh... Ramai yg dtg tu (sedara mara pesakit) smlm kami tak jumpa, heran dan tanya dah berapa lama datang sini, sbb dia nengok emak saya tak perlu papah lagi. Dia dah boleh jalan sendiri cuma dalam keadaan dengkot-dengkot (pelan-pelan lah...bukan trus berlari!!!! ) Ini adalah kerana kami cepat bertindak dan Allah memberi keizinan dan memudahkan perjalanan kami dengan menemukan Imam Mazlan. Balik rumah emak saya kata dia dah boleh mencangkung bila buang air. Dia kata dah berapa hari tak buang air besar coz sakit ni. Kalau buang air kecil paham-pahamlah kalau tak leh cangkung buat camner. Lagi satu time makan, dia suka duduk bawah. Dia dah boleh bersila. Inilah satu keajaiban bagi saya dengan izin Allah U all pikirlah camner.. Demi Allah saya tak tipu.
14/03/05 (Isnin)
Hari ke- 3 kami pergi lagi ke Jasin, Melaka. Kali ini ingatkan tak perlulah awal sangat coz hari bekerja. Kali ini saya bawa ayah. Ayah tiada sebarang penyakit cuma dia ada sakit/lenguh di bahagian bahu kanan. Dibhg belakang bahu kanan macam ada benda bulat sebesar bola pingpong bila dipicit.Sampai saja di rumah Imam Mazlan, telah ramai orang menunggu giliran.Kebanyakan berkerusi roda. Bila dilihat memanglah menyedihkan. Apa kan daya itu bahagian masing-masing. Setelah giliran emak saya, habis berubat Imam Mazlan kata Alhamdulillah dah tak der lagi angin ahmar dalam badan.
Kini giliran ayah pula untuk mencuba bhg yg sakit. Kalau tak der alhamdullillah. Imam tu picit jer 3 jari kaki kanan ayah, dia kata angin ahmar dah ada dalam badan. cuma ayah saya ni belum jatuh pengsan jer. Kalo dah jatuh silap-silap duduk atas kerusi roda. dia picit bhg badan ayah yg ada ahmar seperti di belakang bahu. apa lg sampai berair mata ayah saya menahan sakit. bila balik dlm kereta ayah kata alhamdulillah tangan dia dah boleh angkat keatas. Ayah saya yakin dengan izin Allah dia tak sakit tgn lagi. Kalo tidak dulu doktor suruh ayah gi hospital masuk wad pas tu cucuk masukkan steroid untuk cairkan darah. Ayah saya tak nak, saja dia biarkan sakit. Sampailah bertemu dengan Imam Mazlan ni.
15/03/05 Selasa
Saya tetap membawa emak ke hospital untuk rawatan lanjut. Bagi saya tak salah sekiranya kita mencuba kedua-dua kaedah rawatan. Tekanan darah tinggi dan kencing manis emak masih tinggi. Dia nasihatkan lah emak saya.Tentang stroke yang tercatat dalam refer letter itu kata doktor di hospital ini ada improvement (still minor).Doktor tengok emak ni kira boleh dikatakan ok, dia kata mungkin emak saya terlalu penat. Doktor muda tu sedikit pelik. Emak saya tidak seperti mana yang tercatat di refer letter.
Terpulanglah kepada masing-masing untuk mempercayainya. Apa yang dapat saya lakukan hanyalah memberitahu sekiranya ada sahabat-handai, saudara mara, kenalan bawalah berjumpa Imam ini. Kita sebagai berikhtiar. Saya bukan promote untuk kepentingan, tetapi saya ingin berkongsi pengalaman emak dan ayah saya yang di serang angin ahmar. Insya-allah dengan berkat pertolongan kepada mereka yang sakit ini sekurang-kurangnya mengurang beban kesakitan yang ditanggung.
Alamat:
Imam Hj Mazlan
MS 15 Ayer Merbau
77200 Jasin, Melaka.
(Note: Imam Hj Mazlan telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun llepas. Innalillah.... Jika sesiapa ada menemui rawatan alternatif di tempat lain, harap kongsikan bersama ya)