Nak duit RM250,000.00 TUNAI???? Sape tak nak weh. Cuba bagi free, sumer menyerbu nakkan duit tuh. Bukan senang nak senang la weh.
Kalau korang rasa korang terrer Sejarah dan cool (berani depan kamera, dan ada hati nak duit tunai, boleh la join Sejarawan Muda. Tapi tengok IC dulu la ye, kok la korang punye umo 17- 25 tahun, ala2 rumaja, boleh le join. Kalau dah lebih dari itu, lupakan aje la ye. Cuba la cara lain nak dapat RM250,000 tunai... hehehe....
Info;
Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melantik Double U Network Sdn. Bhd untuk menerbitkan rancangan tv berkonsepkan kuiz realiti kenegaraan yang bertemakan sejarah Malaysia. Sejarawan Muda (13 episod x 60 minit) akan diterbitkan untuk siaran di TVi (RTM).
Pada setiap episod, peserta yang mendapat markah paling rendah akan ‘terkeluar’ namun mereka akan membawa pulang hadiah wang tunai iaitu RM98,000 akan dibawa pulang oleh 11 orang peserta. Pada episod akhir (episod 13) hanya 3 peserta sahaja akan bertanding untuk merebut hadiah wang tunai RM100,000 (johan), RM30,000 (kedua) dan RM25,000 (ketiga).
Rakaman akan diadakan di studio tv (Lembah Klang) bersama penonton juga di luar studio, di mana para peserta akan dibawa ke setiap negeri di Malaysia untuk menjejaki/ mencari bahan sejarah yang terdapat di setiap negeri tersebut.
Penonton di rumah juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM10,000 dengan mengumpul dan menjawab 10 soalan mingguan tentang sejarah Malaysia bersama slogan.)
Lebih lanjut, lawati http://www.sejarawanmuda.com
No comments:
Post a Comment