Send me 1 Million Free Visitors!

Tuesday, November 29, 2011

Manusia, Malaikat & Syaitan

Manusia,malaikat,syaitan... 
 
Manusia - Eh, dah subuh dah? 
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan 
solat subuh... 
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... 
kejap lagi ye.. 

Manusia - Nak makan, laparlah 
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan 
Bismillah... 
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye? 
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang 
menutup aurat.. 
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style 
langsung! 

Manusia - Alamak, dah lewat! 
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti 
terlewat untuk ke kuliah 
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat 
lagi... baru pukul 8.30am... 

Manusia - Azan sudah kedengaran... 
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah 
menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah.. 

Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini, 
berdosa... 
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah 
pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat 
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak 
tengok.. 

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa 
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia.. 
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain 
orang. 

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini 
kepada orang lain 
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-
menasihatilah sesama kamu.. 
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat 
apa sesusah. 

Manusia - aku telah berdosa.. 
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, 
tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, 
sesungguhnya Allah Maha Pengampun.. 
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh 
bertaubat (kalau sempat).. 

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok! 
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin 
melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, 
berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang 
tahu... 

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan 
RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat 
untukmu. 
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, 
kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di 
akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...
 
 

Tunai RM250,000 untuk anda je, ada bran?????


Nak duit RM250,000.00 TUNAI????  Sape tak nak weh. Cuba bagi free, sumer menyerbu nakkan duit tuh.  Bukan senang nak senang la weh.  

Kalau korang rasa korang terrer Sejarah dan cool (berani depan kamera, dan ada hati nak duit tunai, boleh la join Sejarawan Muda.  Tapi tengok IC dulu la ye, kok la korang punye umo 17- 25 tahun, ala2 rumaja, boleh le join. Kalau dah lebih dari itu, lupakan aje la ye.  Cuba la cara lain nak dapat RM250,000 tunai... hehehe.... 

Info;
Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melantik Double U Network Sdn. Bhd untuk menerbitkan rancangan tv berkonsepkan kuiz realiti kenegaraan yang bertemakan sejarah Malaysia.  Sejarawan Muda (13 episod x 60 minit) akan diterbitkan untuk siaran di TVi (RTM).

(Sejarawan Muda yang dikendalikan oleh seorang hos menawarkan hadiah wang tunai lebih suku juta ringgit (+RM250,000) untuk para peserta dan penonton di rumah yang menyertai rancangan ini.  Penyertaan hanya dibuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia. Pemilihan 14 peserta berumur 17-25 tahun akan diadakan di seluruh Malaysia (sila lihat jadual ujibakat peserta) di mana hanya peserta yang berpengetahuan dalam sejarah Malaysia dan memberikan komitmen untuk penyertaan akan dipilih menyertai Sejarawan Muda.


Pada setiap episod, peserta yang mendapat markah paling rendah akan ‘terkeluar’ namun mereka akan membawa pulang hadiah wang tunai iaitu RM98,000 akan dibawa pulang oleh 11 orang peserta. Pada episod akhir (episod 13) hanya 3 peserta sahaja akan bertanding untuk merebut hadiah wang tunai RM100,000 (johan), RM30,000 (kedua) dan RM25,000 (ketiga).


Rakaman akan diadakan di studio tv (Lembah Klang) bersama penonton juga di luar studio, di mana para peserta akan dibawa ke setiap negeri di Malaysia untuk menjejaki/ mencari bahan sejarah yang terdapat di setiap negeri tersebut.


Penonton di rumah juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM10,000 dengan mengumpul dan menjawab 10 soalan mingguan tentang sejarah Malaysia bersama slogan.)


Lebih lanjut, lawati http://www.sejarawanmuda.com




Saturday, November 26, 2011

Haunted House (Rumah Berhantu - Seram di Shah Alam)

Kisah Benar - Seperti yang diceritakan oleh orang yang mengalaminya.  Please note: Za tak edit apa-apa pun perkataan citer dia ni.  Korang baca dan nilaikan sendiri. Kisah berlaku di sebuah rumah di Seksyen 2 Shah Alam.  Dan kisah rumah yang berhantu ini pernah di ceritakan juga oleh Baki (host 8TV) semasa rancangan 8TV nite live masa halloween baru-baru nih (Oct 2011).  Really creepy & scarry weh.....



***********

9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la].

Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya
byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la....[?]
Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk
katanya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas.

Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea. Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm, siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first kena.

Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut. So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi org flush jamban lg.... Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm. Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot.

Mlm tu kitorg kna lg teruk.

Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki auk sampai jatuh dr katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun xde org plak. Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2 ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. Ak pon msuk blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute dlm bilik? Ahh suda... Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh selimut, kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what? ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak diselubungi bau hapak+hanyir yg sgt2 kuat.

Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg pon kejutkan ak....taik betol diorg ni.

Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang
ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n kunci motor.


Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk
pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn ak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu, Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk muka wak da kejung+ pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran hakim!!!!

Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12 lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya, pompuan huduh tu boleh senyum kt dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik jek xpatah.

Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt dia [yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah! Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita.

Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp c Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? Haru betol.....kaki aku yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil.

Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg
lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu. Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak.

Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde ngan kitorg. Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon antara kitorg brckp....smp subuh!!

Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat berdebar-debar. Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni, memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah. Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call, katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call
no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden?

Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk
melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah, takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hospital klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg kuat ckp yg hal ni x abis lg.

Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius
parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something
else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni da nyawa2 ikan, xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim, dia bole brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah. Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah alam.

Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe. Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2 naim kitorg angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50 jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang.

Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn.
Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau tu dia ngn naim pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi. Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x?

Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin, kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe, kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu..

Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt
abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn ingat ko smp bebila...al- fatihah

Ops..Umah bunglow kt seksyen 2 tu smp skang ad lg [agaknye]. Tiap
kali ak lalu kt area situ mst ak rs sedih sgt. Lg satu,ms hari last kitorg kt umah tu, si Wak da trtinggal hp dia kt bilik atas. So pada sesape yg berani, boleh la amik hp tu tp itupun kalo korang berani la...nokia 3310





100 Hari Sebelum Mati

Tanda 100 hari sebelum hari mati.


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT  kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan

mendapat tanda ini cuma samada mereka

sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas

waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung

rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami

getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya

seperti daging lembu yang baru saja disembelih

dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan

mendapati daging tersebut seakan-akan

bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi

mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa

mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini

akan berhenti dan hilang setelah kita sedar

akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak

diberi kesedaran atau mere ka yang hanyut

dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal

kematian, tanda ini akan

lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini

maka ini adalah peluang terbaik untuk

memunafaatkan masa yang ada untuk

mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan

yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah

mati.



Tanda 40 hari sebelum hari mati



Tanda ini juga akan berlaku sesudah

waktu Asar. Bahagian pusat kita akan

berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang

tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang

letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikat maut akan mengambil daun

tersebut dan mula membuat persediaannya ke

atas kita, antaranya ialah ia akan mula

mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi

malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya

sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang

terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung

seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya

cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut

nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa

yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari



Adapun tanda ini akan diberikan hanya

kepada mereka yang diuji dengan musibah

kesakitan di mana orang sakit yang tidak

makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk

makan.


Tanda 3 hari



Pada ketika ini akan terasa denyutan di

bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi

kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan

maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut
kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan

memudahkan urusan orang yang akan

memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata

hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang

yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh

dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari

bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana

bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk

ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan

perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar

ditegakkan.


Tanda 1 hari



Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana

kita akan merasakan satu denyutan di sebelah

belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana

ini menandakan kita tidak akan sempat untuk

menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir



Akan berlaku keadaan di mana kita akan

merasakan satu keadaan sejuk di bahagian

pusat

dan ianya akan turun ke pinggang dan

seterusnya

akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini

hendaklah kita terus mengucap kalimah

syahadah

dan berdiam diri dan menantikan kedatangan

malaikatmaut untuk menjemput kita kembali

kepada Allah SWT yang telah

menghidupkan kita dan sekarang akan

mematikan pula.

Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak

forward this buletin...may ALLAH SWT bless

you.

saling berpesan2lah sesama kita

MR SIMPLE - SUPER JUNIOR

MR SIMPLE - by SUPER JUNIOR


Because I naughty, naughty,
[Leeteuk] Hey! I'm Mr. Simple
Because I naughty, naughty

[Kyuhyun] Sesangi ne mang daero an dwindago hwaman nemyeon andwae keu reol pilyo opji
[Siwon] Keokcheong-do paljada jakeun ire nomu yeonyeonhaji marja mome chuji ana

[Heechul] Sojeoki chuwatdaga napatdaga keureon keoji mwo cheung! seolchikhi uratdaga
Teoreochyeotda keureon taedo itji

[Donghae] Eocheomyeon kwaenchanha swiweo kaneun keotdo chua modeun geoshi ttae, ttae,
Ttae, ttae, ttae-ga itneun keonikka

[Yesung] Keuttaega namja-ramyeon chingul manna sul han chane teoreobeorigo
(Alright! ) Alright

[Ryeowook] Keuttaega yeoja-ramyeon chingul manna suda tteoreo nallyeobeorigo
(Alright! ) Alright, Alright

Bwara Mr. Simple, Simple Keuttae-neun Keuttae-neun Keuttae-ro meotchyeo
Bwara Miss Simple, Simple, Keuttae-neun Keuttae-ro yeppeo (SJ Call)
Bwara Mr. Simple, Simple Keuttae-neun Keuttae-neun Keuttae-ro meotchyeo
Bwara Miss Simple, SImple, Keuttae-neun Keuttae-ro yeppeo (SJ Call)

Kaja kaja eoseo kaja Makhyeosseul ttaen dorakaja kot kotchi apa
Chukketdamyeon oneul haruman norgo boja
[Sungmin] Han keurae-do keochin sesang chukeora ttwimyeon naman jicheo kidaryeobwa
Akkidwi pak neowi nari kot ultenikka

Blow Your Mind ([Eunhyuk] kara Mr. Simple)
Blow Your Mind ([Leeteuk] ttae-ga watjanha Duryeowo malgo)
Blow Your Mind ([Shindong] Kaja Mr. Simple)
Blow Your Mind ([Shindong] ttae-ga watjanha Junbi dwaetjanha)

[Sungmin] Sok sseokneun iri an doo kaji anin seseang-e urin sara keukeon ae-do ara
[Leeteuk] Mwo ireohke eoryeopna uri chal meokgo chal jago tto charamyeon kereohke
Hamyeon dwiji
[Ryeowook] Keuttae-ga hwa-ga na-myeon chingul mannna dwitdamhwaro peureobeorigo
(Alright! ) Alright
[Eunhyuk] Keuttae-ga kwireupda-nyeon norae borreo sori jilleo nalryeobeorigo
(Alright! ) Alright, Alright

Bwara Mr. Simple, Simple
Keuttae-neun Keuttae-neun Keuttae-ro meotchyeo
Bwara Miss Simple, SImple,
Keuttae-neun Keuttae-ro yeppeo (SJ Call)
Bwara Mr. Simple, Simple Keuttae-neun Keuttae-neun Keuttae-ro meotchyeo
Bwara Miss Simple, SImple, Keuttae-neun Keuttae-ro yeppeo (SJ Call)

Dance!
[Leeteuk] jaryuran-ke mwo keuri byeol geo ittna
Just Get It Get It
[Leeteuk] Sosohan iltaree jaemi deung deung deung keung keung keung
[Shindong] Sara-ittneun keuttael neukki-go shipna
Just Grab It Grab It
Kaseum ttwineun ne kkum-deuri aeki deung deung deung keung keung keung
(Because I Naughty, Naughty)

[Kyuhyun] Ije keokjeong hajima ap-en choo-eun nari ulkeoya Shimgakan aekin da dwiro
Mirwodugo
[Yesung] Oneur-eun barke useobwa keuddae-wi hwanhan useum-e modu kibon choha-chyeo

Bwara Mr. Simple, Simple
Keuttae-neun Keuttae-neun Keuttae-ro meotchyeo
Bwara Miss Simple, SImple,
Keuttae-neun Keuttae-ro yeppeo (SJ Call)
Bwara Mr. Simple, Simple Keuttae-neun Keuttae-neun Keuttae-ro meotchyeo
Bwara Miss Simple, SImple, Keuttae-neun Keuttae-ro yeppeo (SJ Call)

Kaja kaja eoseo kaja
Makhyeosseul ttaen dorakaja kotchi apa chukketdamyeon oneul haruman norgo boja
[Ryeowook] Han keurae-do keochin sesang chukeora ttwimyeon naman jicheo kidaryeobwa akkidwi pak neowi nari kot ultenikka

Blow Your Mind ([Heechul] kara Mr. Simple)
Blow Your Mind ([Heechul] ttaega wattjanha Duryeowo malgo)
Blow Your Mind ([Donghae] kaja Mr. Simple)
Blow Your Mind kara Mr. Simple

SKYSCRAPPER - DREW

"Skyscraper" - Song by DREW (X-factor USA)

Songwriters: GAD, TOBY / KOIV, KERLI / ROBBINS, LINDY


Skies are crying, I am watching
Catching tear drops in my hands
Only silence, as it's ending
Like we never had a chance

Do you have to make me feel like
So there's nothing left of me?

[Chorus:]
You can take everything I have
You can break everything I am
Like I'm made of glass
Like I'm made of paper
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper
Like a skyscraper

[Bridge:]
As the smoke clears, I awaken
And untangle you from me
Would it make you, feel better
To watch me while I bleed?

All my windows still are broken
But I'm standing on my feet

[Chorus:]
You can take everything I have
You can break everything I am
Like I'm made of glass
Like I'm made of paper
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper
Like a skyscraper

[Bridge:]
Go run, run, run
I'm gonna stay right here, watch you disappear
Yeah oh
Go run, run, run
Yeah, it's a long way down
But I am closer to the clouds up here

[Chorus:]
You can take everything I have
You can break everything I am
Like I'm made of glass
Like I'm made of paper
Oh Oh
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper
Like a skyscraper

(Like a skyscraper) huh huh huh

Like a skyscraper
Like a skyscraper

Cucu Anda Yang Bayar

Pada suatu hari Pak Pandir pergi ke sebuah pusat membeli belah dan melintasi sebuah restoran Ayam Goreng. Dia berhenti sebentar, dilihatnya pada dinding kaca restoran tersebut tertulis papan iklan berbunyi "MAKAN SEKARANG, CUCU ANDA YANG AKAN BAYAR". 


"Hah...? biar betul nie," Pak Pandir melihat ia sebagai satu kesempatan. Maka masuklah ia ke restoran tersebut dan memesan sebanyak-banyaknya, makan sampai puas. Setelah selesai, ia segera hendak berlalu dari tempat tersebut. 

Tapi belum sempat ia keluar dari pintu restoran dia telah dihadang oleh seorang pelayan dan menyerahkan padanya bil makanan.

Pak Pandir: " Macammana nie, di papan iklan tertulis Makan Dulu, yang bayar nanti cucu saya." 
Pelayan: " betul encik, tapi encik lihat dulu bilnya. Ini bukan bil makanan yang encik makan tadi. Ini adalah bil makanan datuk kepada encik!"


Aisehhh...... macam ni pun ada. Ada sesapa berani nak makan kat restoran yg ada sign macam tuh??? Ahaks!!!!!! :)

Thursday, November 3, 2011

Parents Dictionary

PARENT'S GLOSSARY OF KIDS KITCHEN TERMS


APPETIZING:


Anything advertised on TV.


BOIL:


The point a parent reaches upon hearing the automatic "Yuck" before a food is even tasted.


CASSEROLE:


Combination of favorite foods that go uneaten because they are mixed together.


CHAIR:


Spot left vacant by mid-meal bathroom visit.


COOKIE (LAST ONE):


Item that must be eaten in front of a sibling.


CRUST:


Part of a sandwich saved for the starving children of China, India, Africa, or Europe (check one).


DESSERTS:


The reason for eating a meal.


EVAPORATE:


Magic trick performed by children when it comes time to clear the table or wash dishes.


FAT:


Microscopic substance detected visually by children on pieces of meat they do not wish to eat.


FLOOR:


Place for all food not found on lap or chair.


FORK:


Eating utensil made obsolete by discovery of fingers.


FRIED FOODS:


Gourmet cooking


FROZEN:


Condition of children's jaws when Spinach is served.


FRUIT:


A natural sweet not to be confused with dessert.


GERMS:


The only thing kids will share freely.


KITCHEN:


The only room not used when eating crumbly snacks.


LEFTOVERS:


Commonly described as "gross."


LIVER:

A
food that affects genes, creating a hereditary dislike.


LOLLIPOP:


A snack provided by people who don't have to pay dental bills.


MACARONI:


Material for a collage.


MEASURING CUP:


A kitchen utensil that is stored in the sandbox.


METRIC:


A system of measurement that will be accepted only after forty  years wandering in the desert.


NAPKIN:


Any warm cloth object, such as shirt or pants.


NATURAL FOOD:


Food eaten with unwashed hands.


NUTRITION:


Secret war waged by parents using direct commands, camouflage, and constant guard duty.


PLATE:


A breakable Frisbee.


REFRIGERATOR:


A very expensive and inefficient room air conditioner when not being used as an art gallery.


SALIVA:


A medium for blowing bubbles.


SODA POP:


Shake'N Spray.


TABLE:


A place for storing gum.


TABLE LEG:


Percussion instrument


THIRSTY:


How your child feels after you've said your final "good night."


VEGETABLE:


A basic food known to satisfy kid's hunger but only by sight.


WATER:


The cola of underdeveloped countries.

Lawak Kahwin

Fasa Hidup Ber Kahwin
Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..naik lrt ke..drive
ke..teksi ke.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa shopping moping..?..aku kompang kang...."


***


Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "awak nikah je lah ngan mamak kedai tu..."


***


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.. "
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..memang ikut mak...gerenti bengong nyer..."


***


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : " apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer...saya nak kuar ngan maid kita yg baru ni...."..


***


Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "kompang nak ?"...


***


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "takpe, biar abang masak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "masak jer la apa2 jer.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : " bakar je lar dapur tu..."... 

Presiden vs Menteri

Presiden Vs Menteri
Seorang Menteri telah mengatur janji untuk bertemu dengan Presiden.
Tapi ia terlambat 2 jam dari waktu yang telah dipersetujui, sehingga Presiden
marah benar kepadanya.


"Kemana kamu pergi?" hardik Presiden, "Sudah 2 jam saya menunggu."
"Saya mengaku salah," kata Menteri. "Masalahnya lif yang saya naiki rosak. Dan tahukah tuan Presiden, selama lif diperbaiki saya terpaksa berdiri selama 2 jam."


Presiden menumbuk meja dengan marahnya. "Tolol...!" teriaknya. "Jadi maknanya, kamu berdiri menunggu lif itu diperbaiki selama 2 jam?"


"Betul , tuan Presiden."


"Tolol dan begong !!" teriak Presiden lagi lebih keras. "Mengapa kamu tidak duduk saja??"

Perempuan tak pandai masak VS Lelaki tak pandai jadi imam

Berapa ramai suami yang boleh jadi imam???
 
Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
 
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadis juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si  gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar
memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
 
"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap
tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.
 
Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
 
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan
penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif
mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
 
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang
telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga.
 
Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
 
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
 
Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau p! un dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri
sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
 
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


Fikir-fikirkanlah......