(Dari pandangan orang yang kerja di tingkat 6 di Empire Tower, sebelah Empire Gallery)
Hari ini kita dikejutkan dengan berita letupan kuat di Empire Gallery Shopping Mall di Subang Jaya yang meranapkan sedikit Shopping Mall tersebut termasuklah bangunan pejabat di situ. Memang hari yang mengejutkan bagi Za sebab Za baru je sebulan tukar kerja dari Empire Gallery ke KL. Tiba-tiba di situ meletup sampai rosak shopping mall dan rosak pejabat2 kat Empire Tower. Apa puncanya? Angkara pengganas ke? Ishhh... jangan buat spekulasi.
Sebaik dapat tahu berita tu, Za called best fren (Suk Man) yang masih kerja kat sana. Syukur semua kengkawan selamat dan customer yang datang dari overseas dan bermalam di hotel Empire pun slamat gak. Sempat sembang dgn Iza (salah sorang best fren yang keje kat sana) pasal kekecohan sumer ni.
Setahun lebih kerja kat pejabat di Empire Gallery (sejak company yg kami kerja tu pindah dari Shah Alam), tempat tu walaupun baru di buka tapi macam-macam hal. Macam-macam hal yang Za maksudkan adalah lift nya asyik jer problem. Untuk sebuah pusat beli belah yang baru setahun jagung dibuka, hebat dan gah, mahal dan exclusive, mempunyai lif yang memberikan mimpi ngeri kepada para pekerja di bangunan pejabat adalah memalukan.
Dalam seminggu, pasti ada dua atau tiga kali lif office tersangkut di antara tingkat atau sudah naik ke tingkat atas tapi tiba-tiba menjunam ke tingkat bawah sampai kami kecut perut teringat kejadian lif menjunam di PJ yang cederakan beberapa org sampai patah pinggang. Itu belum lagi yang hampir kebanyakan lif di bangunan pejabat tu bergoyang kalau kita naik. Hello, kami bukan nak naik buaian kat taman permainan kanak-kanak, kami nak naik lif ke pejabat. Tiap kali naik lif yang bergoyang, Za terfikir kalau-kalau kabel lif tu terputus dan lif terjunam ke bawah... apalah nasib kami. Selalu rasa tak selamat tiap kali naik lif.
Walau macamana pun keadaan lif yang memberikan kami mimpi ngeri tu, Empire Gallery memang tempat yang meletop aka hebat. Kalah Pavilion, kalau nak dibandingkan kemahalan dan exclusive nya. Kalau di Pavillion boleh juga kita pergi makan di tempat yang sederhana harganya sebab ada food court. Di Empire Gallery, jangan mimpi la ya. Semua restoran hebat ternama. Nak yang murah sedikit ada la kiosk jual makanan fast food yang tak berapa nak sedap. Pendek kata, poket memang kena selalu berisi bila kerja di sini kalau nak dapat makanan yang sedap sikit. Kalau nak jimat, makan saja la roti macam yang saya selalu buat.
Parking pula sejam RM1. Masa kerja di situ selalu Za kena bayar antara RM10 ke RM12 untuk sehari punya parking. Ada la sesekali pergi buat illegal parking kat luar, tak larat nak layan lebih kurang RM300 sebulan duit parking punya penangan (itu belum masuk lagi duit minyak kereta sehari RM10).
Alhamdulillah Allah buka ruang, dapat kerja di KL, dekat sangat dengan rumah. Syukur pada Allah.
Syukur juga kejadian letupan yang berlaku di Empire Gallery ni terjadi 3.45pagi. Kalau 3.45 petang, entah apalah jadi pada kawan-kawan Za yang kerja di tingkat 6 tu.
Pasti ada hikmah disebalik semua kejadian yang memberikan pelbagai pengajaran ini.
p/s Tapi sesekali rindu juga nak pergi Empire Gallery. Banyak kenangan di situ. Eerr... ada tak jualan murah di Coach @ Empire Gallery tu agaknya? Kot la ada nak perabih stok, boleh Za datang.....
2 comments:
Pandai bust tulisan ya.....hey gimme your no. Ricardo
Ric, Za baru coba buat blog. jika kelapangan sila baca blog Za ya. ada macam2 cerita seram, lucu, Islam... keep in touch ya Ric.
Post a Comment