Send me 1 Million Free Visitors!

Tuesday, September 27, 2011

Kejadian Misteri dan Seram di Hospital

Kisah seram ni berlaku di sebuah Hospital ternama (namanya terpaksa dirahsiakan atas sebab keselamatan).

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka. 

Perkara ini sangat membingungkan dan membimbangkan para doktor... Mereka berbincang cara untuk menyelamatkan pesakit yang terpaksa diletakkan di katil tersebut. Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut... Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian misteri di katil tersebut yang mana pada ketika itu seorang pesakit lelaki muda sedang tidur...


Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.. Seorang Ustaz juga dipanggil, untuk turut sama membantu menyelesaikan misteri yang menyeramkan di situ.  Mereka menunggu dari awal pagi, selepas subuh, dengan perasaan berdebar-debar.  Suasana seram sejuk dan keheningan menambahkan perasaan seram dan kecut di hati mereka.

Masa berputar... pukul 6.15am, tiada apa-apa berlaku. pukul 7.00am masih tiada apa-apa yang berlaku.  Mereka kian resah.  pukul 8:00am  keheningan suasana membuatkan mereka berpeluh di dalam aircond.. 8:30am sehingga jam 9.00 am masih tiada apa-apa yang berlaku. Mereka sudah salinng berpandangan, resah dan seram menyelubungi suasana ... tiba-tiba... ... Pintu bilik ICU itu terbuka perlahan-lahan.... . Semua mata doktor-doktor dan Ustaz tertumpu ke arah muka pintu dengan pandangan cemas dan suspen.


Kemudian masuklah Makcik Bedah... . Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..

Makcik Bedah masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut... . soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan agar dapat menghidupkan.. vacuum cleanernya...  


Makcik Bedah terus memvakum bilik ICU tersebut tanpa perasan yang pesakit yang terbaring sedang nyawa-nyawa ikan tak leh nak bernafas.

Hok aloh Makcik nih....... 

No comments:

Post a Comment