Kucing ditangkap, gagal misi di penjara.
Fuh! Gempak tajuk news ni. Kucing kena tangkap? Gagal misi? Ditangkap? Dipenjara?
Ada beza antara "dipenjara" dengan "di penjara", okay. Tapi berita ni memang bizzare or weird la kan. Berita ni memang lain dari yang lain.
Pengawal penjara telah menangkap seekor kucing dan menggagalkan misinya.
Kalau dah nama orang jahat, otak penjahat (criminal minds) ni kreatif la
jugak kan. Kreatif tapi bodoh la pulak.
Pengawal penjara yang membuat rondaan ternampak seekor kucing di atas
pagar dan kucing tersebut kelihatan seperti membawa sesuatu. Apabila ditangkap,
kucing tersebut didapati “memiliki” beberapa buah telefon bimbit, bateri dan
alat pengecas yang dilekatkan di badannya, ala-ala suicide bomber gitu.
Federal Prison Services berkata, kejadian berlaku pada 31/5/2013 di
penjara Penal Colony No. 1 di Syktyvar di daerah Komi, kira-kira 1,000
kilometer daripada Moscow, Rusia.
Tak dapat la nak dipastikan camne caranya si kucing tu nak drop kan
barang yg dibawanya kepada empunya handphone2 tu.
Si "Criminal minds" yg rancang penyeludupan ni kira memang ngok la kan. Dowh... dah sah-sah tau yang si kucing tu tak la reti nak menyorok bila nampak pengawal penjara, lagi nak suruh kucing menyeludup barang masuk ke penjara. Lawak gila lah berita benar nih.
No comments:
Post a Comment