Rawatan
alternative untuk sakit jantung dan sakit buah pinggang.
Bulan
November 2013, cik abang dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung. Ambulan
dipanggil dan cik abang segera di bawa ke HKL.
Sebaik tiba di hospital terus dibawa masuk ke unit kecemasan, para doktor dan dotor
pelatih mengerumuni cik abang. Doktor bagi tahu saya yang dia beri ubat cair darah
untuk memudahkan pengaliran darah di dalam salur darah. Doktor siap bagi tahu akan kemungkinan bila mereka bagi ubat ni, boleh
berlaku pendarahan dan jika pendarahan itu di bahagian otak, cik abang sama ada boleh dapat stroke atau tak dapat diselamatkan. Saya tawakal saja, dan suruh doktor teruskan.
Tak
lama lepas tu, denyutan jantung cik abang makin lemah dan perlahan, tekanan darah merudum, maka doktor
buat keputusan untuk guna alat Direct Current Shock, tekan di dadanya. Sorang
demi sorang doctor cakap kat cik abang yang masih separa sedar, “Encik, kami nak buat direct current
shock ya, keadaan encik parah.” “Encik banyakkan berdoa ya.” “Keadaan encik
parah ni, berdoa ya.” Yang paling tak
best bila salah sorang cakap, “ Encik, keadaan encik parah. Encik boleh
mati.” Cakap tak berlapik langsung! Bertambah sakit la jantung orang yang
sedang sakit. Semua bersedia nak gunakan alat tu sambil doktor beri isyarat
hold on sambil baca kadar denyut nadi dan tekanan darah dan sebagainya. Memang cemas dibuatnya
terutama bila doktor keep counting sambil bagi isyarat untuk tekan alat tu kat
dada. Kemudian, tiba-tiba doktor bagi isyarat batalkan guna alat tersebut sebab degupan jantung muncul
semula walaupun perlahan.
Keadaannya
agak parah sebab berdasarkan rekod doktor, jantung bahagian depan, kiri dan
kanan dah rosak. Doktor juga menganggarkan yang ada tiga bahagian jantung yang tersumbat.
Cik abang kena tahan wad 10 hari dan diberi cuti 40 hari. Tak dibenarkan
bawa barang berat dan tak dibenarkan bawa kereta dan macam-macam pantang.
Bila
dah sakit tu, ramai le kengkawan dan sedara mara yang nasihatkan jangan
terlalu bergantung kepada ubat doktor sebab ada kesan sampingans. Sebab masih baru, kami bercadang untuk
betul-betul ikut makan ubat doktor, bila dah okay nanti cari la ubat
alternative.
Sementara
tu kami menunggu masa untuk ke IJN, susulan dari rawatan CRW. Sambil tu, kami cuba jugak cari rawatan alternative sebab tak nak buat pembedahan jantung.
Nak
dijadikan cerita, tak sempat lagi nak cari ubat alternative, sekali lagi terpaksa
panggil ambulance dan suami dimasukkan ke hospital bulan March 2014. Sekali lagi terpaksa lalui trauma macam bulan
November 2013. Aduhai….. (Nota: Kali pertama kena serangan jantung, kami belum berkahwin)
Ada
kawan cadangkan pergi buat rawatan alternative kat seorang pak cik di Pantai
Remis kerana suaminya dia pernah sakit jantung dan buat rawatan di situ, now
selepas 5-6 tahun, tak ada masalah jantung lagi dan tak jadi buat pembedahan
jantung.
Kami
pun pergi lah ke tempat tu dengan tersalah simpang dan berpusing merata. Suami dah buat rawatan sekali dan bakal buat rawatan susulan kat situ.
Alhamdulillah kesihatan suami kian baik. Semuanya dari Allah, kita cuma berusaha.
Kalau
ada sesiapa yang ada masalah jantung dan buah pinggang, boleh lah mencuba
rawatan pak cik yang dikenali sebagai Pak Long Haji Mohamad di Kampung Tebuk
Yan di Pantai Remis, Perak. Boleh
hubungi Pak Long di talian 012-5093304. Tentang
bayaran, bayar seikhlas hati untuk rawatan yang dibuat. Untuk ubat (cuka kurma,
madu, etc) ada la sedikit bayaran.
Pak
Long juga boleh beri rawatan khas untuk lelaki kalau nak tambah umphh. Itu kena sembang sendiri dengan Pak Long.
Itu
aje perkongsian info. Moga memberi manfaat kepada yang memerlukan.
Nota kaki 2017: Suami masuk hospital lagi dua kali pada tahun 2015. Suami enggan dibedah. Jadi kami cuba beberapa rawatan alternatif. Alhamdulillah guna air semburan Polilex dan minum air rebusan daun pecah beling seolah beri tenaga dan dia semakin sihat.
Sekarang ni sudah dua bulan mencuba air yang dikisar bersama timun, lemon, halia dan daun serta batang sup; diminum pagi dan malam. Alhamdulillah kadar kolesterolnya turun ke tahap normal. Kita berusaha, Allah tentukan kesembuhannya.
Nota kaki 2017: Suami masuk hospital lagi dua kali pada tahun 2015. Suami enggan dibedah. Jadi kami cuba beberapa rawatan alternatif. Alhamdulillah guna air semburan Polilex dan minum air rebusan daun pecah beling seolah beri tenaga dan dia semakin sihat.
Sekarang ni sudah dua bulan mencuba air yang dikisar bersama timun, lemon, halia dan daun serta batang sup; diminum pagi dan malam. Alhamdulillah kadar kolesterolnya turun ke tahap normal. Kita berusaha, Allah tentukan kesembuhannya.