Send me 1 Million Free Visitors!

Monday, July 25, 2011

Lawak Sengal

LAWAK SENGAL GILER

KIPAS
Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)berkata:
"Panasnya dalam helikopter ini ...".
 Maka menjawablah salah seorang Orang Asli yang turut berada dalam helikopter itu: "Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar...tapi di luar ..."

HANDPHONE
Satu ketika di kampung orang asli, seorang pegawai JHEOA melihat Tok Batin orang asli mempunyai handphone . "Wah Tok Batin ...ada handphone ..ada coverage ka dekat sini ...?".
Jawab Tok Batin: "Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage".

KONDOM
Seorang penduduk orang asli mengadu pada pegawai kesihatan: "Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, bini saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-duyun anak saya."
Tanya pegawai kesihatan: "Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?".
Jawab orang asli: "Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat, saya pun sunatkanlah (khatankan) ..."

PETAI
Seorang penjual petai orang asli di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu
... "Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah ...RM20 sahaja."
Tanya lelaki berkenaan : "Berapa longok semuanya?".
Jawab orang Asli itu : "Semuanya 20 longgok ...".

CUTI
Seorang pengawal keselamatan kaum orang asli yang bekerja di sebuah kilang berjumpa dengan manager minta
cuti ... "Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?.
 Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu. "
Selepas 14 hari, baru si pengawal keselamatan itu balik bertugas. Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?".
Jawab si orang asli itu : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ..

BALIK AWAL
Seorang bapa bertanya kepada anaknya kenapa anaknya tu balik awal dari sekolah. Anaknya menjawab bahawa dia
telah menjawab soalan cikgu dengan cepat dan betul sebab itulah dia disuruh balik awal. Bila ditanya apa soalan cikgu tu, dia menjawab : "Siapa yang baling kasut kat kepala saya ?".

IKUT CAKAP 
Pada suatu hari ahmad dan rakan karibnya, hassan, pergi mancing kat sungai. Dalam bosan2 menunggu ikan, ahmad berkata, ahmad: aku ada satu cerita.
hassan : cerita ape?
ahmad  : nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?
hassan : yela...
ahmad pun memulakan ceritanya...
ahmad  : satu hari aku pergi memburu.
hassan : memburu.
ahmad  : aku masuk kedalam hutan.
hassan : hutan.
ahmad  : tiba2 aku rasa nak terberak.
hassan : berak.
ahmad  : aku berlari ke semak.
hassan :semak.
ahmad  : aku pun berak.
hassan : berak.
ahmad  : satu hari aku pergi memburu lagi.
hassan : lagi.
ahmad  : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.
hassan : dulu.
ahmad  : aku lihat tahi aku suda tak ada.
hassan : ada.
ahmad  : aku pun tertanya2.
hassan : tanya.
ahmad  : siapa makan tahi aku?
hassan : aku....

TEMUDUGA
ahmad : Din, sekarang dah pukul 3, kau kena pergi temuduga tu cepat.
din   : macamana aku nak cepat, dia suruh aku jalan kaki.
ahmad : gila kau...
din   : betul, kau tengok iklan ni kan. Dia kata "Walk-in interview'.
ahmad : .... tak payah pegi la mat...

The sign of stroke.

STROKE IDENTIFICATION:
During a BBQ, a friend stumbled and took a little fall - she assured everyone that she was fine (they offered to call paramedics) and just tripped over a brick because of her new shoes. They got her cleaned up and got her a new plate of food - while she appeared a bit shaken up, Ingrid went about enjoying herself the rest of the evening. Ingrid's husband called later telling everyone that his wife had been taken to the hospital - (at 6:00pm, Ingrid passed away.) She had suffered a stroke at the BBQ. Had they known how to identify the signs of a stroke, perhaps Ingrid would be with us today. Some don't die. They end up in a helpless, hopeless condition instead.
It only takes a minute to read this...


A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a stroke...totally. He said the trick was getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for within 3 hours, which is tough.

RECOGNIZING A STROKE

Thank God for the sense to remember
the "3" steps, STR . (Remember " STAR ".)
Read and Learn !
Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster. The stroke victim may suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke.
Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions:

S
*Ask the individual to SMILE.
T
*Ask the person to TALK . to SPEAK A SIMPLE SENTENCE
(Coherently) (i.e. . . It is sunny out today)
R
*Ask him or her to RAISE BOTH ARMS.
{NOTE: Another 'sign' of a stroke is this: Ask the person to 'stick' out their tongue... if the tongue is 'crooked', if it goes to one side or the other that is also an indication of a stroke}

If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call 9-1-1 immediately and describe the symptoms to the dispatcher.

A cardiologist says if everyone who gets this info and share it with 10 people; you can bet that at least one life will be saved.

10 Amalan Terbalik

10 AMALAN YANG "TERBALIK"

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut- ikut dengan budaya hidup orang lain. Ingatan ini untuk diri sendiri juga.  Mari kita perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri aruah
beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.


Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin)
orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara
kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang
dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid
amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa
adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan dibulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji,
kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa
. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang,
mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami
atau tidak,bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Wednesday, July 20, 2011

Rahsia di sebalik tulisan

Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada yang cuba untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin pasti ada perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar mengenali diri seseorang. Wah! Ini sudah bagus kan? Tapi ada syaratnya. Alah, bukannya susah. Tapi tulisan yang hendak di'baca' itu mestilah ditulis dalam keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam mood yang tak tenteram dan tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan hodoh.. Itu tak boleh dikira kerana bentuk tulisan yang tergambar itu bersifat sementara saja. 
[Tulisan berubah-ubah] 
Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain. 
[Kecondongan tulisan] 
Tegak - Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat. 
Condong ke kanan - Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!
Condong ke kiri - Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!
[Saiz tulisan] 
Besar - Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya. Kecil - Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.
Semakin lama semakin besar - Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya. 
Semakin kecil
- Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!
[Bentuk tulisan] Lebar - Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman. Tulisan kurus - Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja. Tulisan bersegi empat - Otak matematik rupanya dia ni.
Tulisan bulat - Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang. Bersambung - Pemikirannya berdasarkan logik.
Bercerai cerai - Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja! [Jarak tulisan] Tulisan jauh - Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu. Tulisan rapat - Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka. [Ruangan di tepi] Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya :Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik. Ruang muka surat sebelah kiri kecil - Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya! Ruang muka surat kanan kecil - Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya. 
Penuh satu muka surat - Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak ide bernas yang boleh dikongsi bersamanya.

Programme Guide

Programme Guide

Tuesday, July 19, 2011

Memahami Kandungan Al-Quran Lahirkan Keinsafan

Memahami kandungan al-Quran lahir keinsafan
Oleh Mohd Shukri Hanapi

MEMBACA al-Quran sama ada dilakukan oleh orang yang memahami maknanya atau yang tidak memahami makna secara keseluruhan atau memahaminya setiap kalimah yang dibaca, tetap akan menerima ganjaran daripada Allah. Semuanya itu tetap dianggap sebagai ibadah.
Begitu pun, balasan atau ganjaran yang diberi adalah berbeza, bergantung kepada ciri atau adab tingkah laku seseorang yang membacanya.

Pahala orang yang berupaya memahami makna yang tersirat dalam kalimah Allah, menghayati dan berupaya mengambil iktibar serta patuh pada adab ditetapkan tidak sama dengan pahala mereka yang membacanya tanpa mengetahui makna, tidak berwuduk, tidak dalam keadaan menghadap kiblat dan sebagainya. Semuanya ini dapat difikir secara logiknya oleh akal.

Adab zahir pula begitu banyak dan perlu dipatuhi antaranya:

Membaca al-Quran hendaklah dalam keadaan bersih dan berwuduk.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Tidak boleh menyentuh al-Quran kecuali makhluk-makhluk yang diakui bersih suci." (Surah al-Waqi'ah, ayat 79).

Al-Quran hendaklah diambil dengan tangan kanan, sebaik-baiknya hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan.

Al-Quran hendaklah dibaca di tempat yang bersih, seperti di rumah, di masjid atau lain-lain tempat. Paling utama ialah di masjid.

Mulut hendaklah bersih, tidak berisi sisa-sisa makanan, kerana itu seseorang itu hendaklah bersugi sebelum itu.

Disunatkan membaca al-Quran dalam keadaan menghadap kiblat.

Membacanya dengan penuh khusyuk dan tenang. Dalam masa yang sama orang yang membaca hendaklah berpakaian yang bersesuaian.

Sebelum membaca, seseorang itu hendaklah memohon perlindungan daripada Allah.

Permohonan ini diistilahkan sebagai 'at-Ta'awwuz' . Selepas itu barulah membaca 'Bismalah'. Dilakukan demikian supaya ia dilindungi Allah daripada tipu daya iblis dan syaitan yang boleh menyebabkan hati dan fikiran tidak tenang ketika membaca al-Quran.

Elok juga seseorang itu memohon kepada Allah supaya hatinya menjadi terang dengan doa yang bermaksud: "Ya Allah, bukakan bagi kami hikmat-Mu dan anugerahkan rahmat-Mu kepada kami dari khazanah-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih Lagi Penyayang."

Al-Quran hendaklah dibaca dalam keadaan tertib, iaitu membaca dengan perlahan-lahan dan tenang.

Firman Allah bermaksud: "Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan. " (Surah al-Muzzammil ayat 73). Sesungguhnya amalan ini banyak memberi kesan kepada jiwa, lebih mendatangkan ketenangan batin dan rasa hormat kepada Allah yang menguasai sekalian alam.

Bagi mereka yang berupaya menguasai makna dan maksud ayat yang dibaca, mereka hendaklah membacanya dengan penuh perhatian dan penghayatan.

Cara pembacaan seperti ini yang dikehendaki. Lidahnya menuturkan bacaan kalam Allah, hatinya turut memerhatikan dan memikirkan erti juga maksud yang terkandung dalam ayat tadi. Dengan berbuat demikian ia akan memperoleh penghayatan bacaan yang sebenar. Keadaan seperti ini akan mendorong untuk mengamalkan isi al-Quran.

Dalam surah al-Nisa', ayat 82 ada dijelaskan: "Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran? Kalau kiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya."

Mereka yang dapat memahami kandungan al-Quran akan berupaya melaksanakan segala ajaran yang terkandung di dalam ayat yang dibaca. Ketika membaca pada ayat tasbih maka lidahnya akan menyebut 'tasbih' dan 'tahmid' (memuji). Apabila membaca ayat doa dan istighfar, maka pembaca akan berdoa dan memohon keampunan daripada Allah.

Apabila membaca ayat azab, dia akan memohon perlindungan Allah dari segala azab dan apabila membaca ayat rahmat, dia akan meminta rahmat, begitulah seterusnya. Ia boleh dilakukan dengan ucapan lidah atau hanya dalam hati saja.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud daripada Ibn 'Abbas bahawa Rasulullah SAW apabila membaca ayat: "Sabbihis marabbikal-a' la, Baginda membaca Subhana Rabbiyal-a'la (Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi)."

Jelasnya, ketika membaca al-Quran seseorang itu hendaklah membaca dengan penuh penghayatan, terutama oleh mereka yang memahami maknanya secara terperinci atau secara keseluruhan, lebih-lebih lagi pada ayat yang menggambarkan nasib orang yang berdosa betapa hebatnya seksaan yang akan dilalui.

Dengan demikian bacaan yang dituturkan dengan lidah itu akan melahirkan keinsafan membolehkan si pembaca lebih menghayati keagungan Allah, terasa dirinya begitu kerdil. Dari sinilah lahirnya rasa takut kepada Allah.

Biar dalam keadaan apa sekali pun, kesan terhadap pembentukan peribadi orang yang membaca dengan pemahaman makna dan dapat mengambil iktibar daripada apa yang dibaca, tentunya berbeza dengan orang yang membaca al-Quran tanpa mengetahui makna dan penghayatan.

Berita Harian 08/08/06

Monday, July 18, 2011

The Power of Honey


The Power Of Honey

Honey is a sweet thick fluid prepared by the honeybees from the nectar of flowers.Nutritional ly speaking,honey contains about 75-80% sugar and the rest is a mixture of water and minerals like phosphorous, calcium,magnesiu m,some acids and enzymes.So we see,that together with minerals,honey also gives us energy,about 300 to 320 calories per 100ml of honey.To put it simply,one tsp of honey would give us about 15 to 16 calories.
The enzymes present in honey aid in digestion of food especially raw sugars and starch.The difference between the commonly used sugar and honey is that,the sugars contained in honey are in a very simple predigested form and thus are directly absorbed by our body.Whereas the normal sugar has to be broken down in our body into simpler forms to be digested and absorbed.Apart from giving nutrition,honey can be used as a sweetening agent in sweets and desserts.
In addition to the excellent medicinal properties,honey is supposed to be a good thirst quencher.Arabs take honey and water across deserts.Another aspect of honey is its use in the beauty treatment.One of the most commonly used facepacks for aging skin,is a mixture of honey and cornflour and limejuice.It also acts as a good moisturiser and helps in most dry skin problems.
 
So we see that honey is a pleasant,attractive ,sweet item of food with plenty of other uses too.This does not mean that you can eat as much honey,as you like.We all know that excess of calories over and above what we require would make us fat and honey does have calories.Honey may improve your digestion but it should not be done at the cost of giving you a sweet tooth!
As Medicine:
  • One to two tsps full of honey in a glass of hot milk is said to be a good sedative.
  • For children the use of honey as a general tonic has been known from time immemorial.The reason being that honey acts as a disinfectant and an antiseptic.So a judicious internal administration of honey would render the digestive system aseptic and disease-causing germs would fail to thrive.
  • Honey is good for sore throats,coughs and colds.An age-old cough mixture still used in many homes consists of honey and limejuice in equal parts.
  • Honey is also reputed to be a good stimulant for a weak heart.
  • As far as constipation is concerned,honey is a very popular laxative.

Rahsia Solat

Inilahdia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagiyang baru tahu......

1 -
Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.


2 -
Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat
kita di dalam kubur.

3 -
Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi
kitadi dalam kubur.

4 -
Fatihah :
Sebagaipakaian yang indah-indah di dalam kubur.


5 -
Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.


6 -
I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.


7 -
Sujud :
Memagarkita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.


8 -
Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita
didalamkubur

9 -
Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.


1
0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawabbagi soalan yang dikemukakan
oleh Munkar & Nankir di
dalam kubur.


11 -
Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.


12 -
Salam :
Memeliharakita di dalam kubur.


13 -
Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.


Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."Sebaik-baik manusia itu adalah
mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...